Ak yakin ad yg negative bile ak post pasal sperma ni..
rilek,bile ak terbaca majalah I sihat, sbb tu lah ak nk post pasal sperma ni..
ni sume perkongsian bg kefahaman umum la yg selama ni salh sangke an..
---MITOS---
* Memiliki
sperma yang cair sering dianggap
mandul sedangkan ia tidak tepat. Sebaliknya, penghasilan
sperma yang subur dan normal bergantung kepada jumlah sperma, pergerakan dan kandungan sperma normal atau tidak.
*
Sperma dikatakan tidak mampu menembusi pakaian. Jawapannya, salah! Kemungkinan untuk hamil tetap ada berdasarkan kepada ukuran sel benih bersaiz mikron untuk menembusi pakaian wanita.
* Amalan makan putih telur dianggap mampu menambah
kandungan sperma - ini hanyalah mitos! Ini kerana jumlah penghasilan sperma bergantung kepada saiz buah zakar. Untuk mendapatkan
jumlah sperma yang mencukupi, adalah digalakkan untuk mengambil makanan bergizi dan berprotein. Secara teori, kuning telur sebenarnya lebih banyak zat berbanding putih telur!
* Ada pandangan menyebut lelaki tidak akan mengeluarkan
sperma selepas proses ejakulasi. Jawapannya tidak benar! Ini kerana
sperma masih boleh dikeluarkan biarpun kandungan
sperma sudah berubah dan tidak banyak seperti lazim.
---
FAKTA---
* Secara purata kira-kira 100 juta
sperma terkandung dalam setiap ejakulasi lelaki.
* Dalam hubungan seks, air mani diejakulasi ke hujung faraj.
Sperma perlu berenang dari dalam faraj menembusi serviks (pintu rahim), merentasi ruang dalaman rahim menuju ke tiub falopio kanan dan kiri serta penghujung tiub ini untuk bertemu dengan ovum (jika ada) untuk membolehkan persenyawaan berlaku.
* Saiz buah zakar mempengaruhi
bilangan sperma dan saiz melebihi 12 ml dianggarkan isi padu buah zakar yang sihat dan kurang dari itu mungkin menghasilkan kurang atau tiada sperma.
* Air mani keluar secara memancut apabila lelaki mencapai klimaks. Keadaan itu berlaku akibat proses percetusan sistem pancutan atau ejaculatory system.
* Jika ejakulasi berlaku berulang kali, ejakulasi seterusnya menyebabkan pengeluaran air mani tidak lagi memancut. Air mani hanya meleleh walaupun lelaki itu muda.
* Kandungan
sperma dalam air mani ialah antara dua hingga lima peratus. Sebilangan besar isi padu air mani ialah cecair dari pundi prostat (60 hingga 70 peratus) dan yang selebihnya dari pundi seminal, pundi cowpers dan pepundi dalam salur kencing selain cecair dari pundi epididimis.
Berhenti merokok dapat mengubah komposisi ini.
* Perokok tegar lebih berisiko mempunyai masalah
bilangan sperma yang kurang dan peratus
sperma yang bergerak juga kurang serta perlahan atau lambat.
semoga kite semua mendapat ilmu umum yg baru ni...